Salam Tuan/Puan,
Sebagai usaha untuk merakyatkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan sejajar dengan prinsip pentadbiran yang CAT (Cekap, akauntable dan Telus), Saya sedang mengumpul cadangan soalan-soalan untuk ditanyakan kepada Dewan Undangan Negeri untuk Nov ini. T/Puan boleh cadang soalan mengikut aspek:
1. Maklumat atau Masalah Pulau Pinang
2. Maklumat tentang Dasar atau Pentadbiran Negeri
3. Maklumat atau Masalah KADUN Pantai Jerejak
Sila tujukan (email, tel, fax) cadangan soalan kepada saya sebelum 10 Oktober, 2008. Soalan yang telah ditanyakan dalam persidangan lepas seperti di bawah:
Terima kasih
1. Apakh cabaran-cabaran dan halangan yang dihadapi oleh kerajaan negeri untuk melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan. Bagaimanakah kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut.
2. Apakah jenis-jenis dan punca-punca jenayah yang berlaku di Pulau Pinang dan juga KADUN Pantai Jerejak. Sila senaraikan dalam statistik secara terperinci bagi sepuluh tahun yang lepas. Apakah usaha dan initiatif kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan badan-badan kerajaan yang lain dalam membanteras jenayah.
3. Apakah visi dan perancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan kualiti hidup Pulau Pinang sebagai “livable city” dari aspek perumahan, pengangkutan awam, kesenian dan kebudayaan. Apakah cabaran yang dihadapi sekarang dan bagaimana mengatasinya.
4. Apakah purata pendapatan, distributasi pendapatan, dan gini koefisyen (gini coefficient) untuk negeri Pulau Pinang dan KADUN Pantai Jerejak 2002-2007. Apakah punca kejadian tersebut dan langkah-langkah untuk mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan (income inequality).
5. Sila terangkan dengan perinci dari A sampai Z, proses pemilihan, proses penyiasatan dan kriteria pemberian rumah kos rendah kepada pemohon-pemohon.
–
Sim Tze Tzin
ADUN Pantai Jerejak
State Assemblyman of Penang
22, Jalan Talipon,
10400 Georgetown, Penang
Tel: +6019 443 2088
Fax: 04-2260633
www.pantaijerejak.com
www.simformalaysia.com
Filed under: News | Comment (0)
Pantai Jerejak dan Bayan Baru dilanda banjir yang cukup serius semalam. Saya terima aduan pukul 5 pagi.
Ia merupakan “perfect storm” dimana air laut pasang pada masa sama dilanda ribut lebat. Maka, kita menyaksikan lebih 100 rumah dibanjiri air. Saya memang terasa kesulitan dan masalah penduduk.
Petang tadi saya bawa pegawai JPS, JKR dan kakitangan MPPP melawat tapak-tapak banjir di kg Sungai Nibong Pantai, Pantai Jerejak, B-suit, kg Sg Nibong Tengah etc. Untuk jangka pendek, pihak berkuasa akan menjalankan beberapa short term fix, seperti membaiki flood gate yang rosak, buka lebih inlet, atau menambahkan pam jika perlu.
Tetapi untuk jangka panjang, membangunkan kawasan peneroka bandar dengan tersusun adalah lebih penting. Kerajaan BN gagal dari aspek tersebut, tiada perancangan yang teliti. Maka banjir kilat kerap berlaku.
Saya berhasrat mendapat kerjasama semua penduduk dan semua pihak untuk membangunkan kawasan supaya memberi kualiti hidup yang lebih baik. Proses ini memakan masa yang panjang. Beberapa plan sedang dibincang.
Buat masa ini, paling penting adalah menjaga kebersihan sungai dan parit, jangan membuang sampah, ya!
Sim Tze Tzin
Filed under: Berita | Comment (0)
Para ADUN sekarang sedang sibuk bersiap-sedia untuk Dewan Undangan Negeri yang bakal diadakan pada 21 Julai nanti. Ini merupakan satu amanah yang cukup besar untuk kami. Sesi menghantar soalan telah bermula minggu lepas dan akan berakhir besok. Setiap ADUN berkesempatan menanya 3 soalan lisan dan 30 soalan bertulis.
Kebelakangan ini, saya telah menumpukan perhatian saya pada “research” untuk soalan-soalan. Saya bertumpukan soalan saya kepada Agenda Perubahan, Ekonomi, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam. Saya amat bernasib baik kerana pendidikan dan kerjaya saya sebelum ini berkaitan dengan bidang-bidang tersebut, malah pengalaman pekerjaan saya di luar negeri memberi nilai yang tidak terharga. Semoga saya boleh membawa agenda perubahan untuk memacukan negeri mutiara ke harapan yang baru.
Kalau kamu ada kemusykilan, jangan segan mengacukan soalan kepada saya, ya! Biar saya tanya!
Filed under: Berita | Comment (0)