Sim For Malaysia

Posts tagged ‘kemiskinan’

Bancian Miskin Tegar

September 27th, 2008

poor1

Semasa kempen PRU12, saya terjumpa beberapa keluarga miskin yang hidup dalam kesusahan. Dalam ceramah, saya juga senantiasa membangkitkan isu-isu kemiskinan. Sememangnya, salah satu keazaman saya memasuki politik adalah untuk menolong orang miskin.

Walau bagaimanapun, semua ini senang dicakap, sehinggakan saya memahami isu kemiskinan dengan lebih mendalam.

Peluang ini berlaku 2 hari yang lepas. Saya bersama pegawai Jabatan Kebajikan, Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Pejabat Daerah dan Penghulu masuk ke kampung menziarahi semua keluarga yang tersenarai dalam senarai miskin tegar. Usaha ini adalah atas arahan Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng dalam usaha menghapuskan miskin tegar dalam tahun 2008 juga.

Saya berpeluang memahami dengan lebih dalam betapa kompleksnya isu kemiskinan dan bagaimana kerajaan dapat membantu. Sememangnya segolongan masyarakat tetap akan mengalami kemiskinan, sebabnya mungkin tua, uzur, atau OKU. Adalah penting keluarga sama-sama saling bantu-membantu. Saya rasa terharu apabila mendapati ramai di antara keluarga miskin mendapat sokongan keluarga yang padu.

Ada pula kes-kes kemiskinan berlaku kerana sebahagian ahli keluarga tidak kerja. Saya amat susah hati apabila mendapati beberapa orang muda yang berumur 20-an tidak sanggup kerja dan tidur sepanjang hari. Mereka sanggup bergantung kepada ibu-bapa yang tua dan menerima sumbangan JKM. Ini adalah sikap yang kurang sihat.

Saya rasa, adalah penting kita meningkatkan pertumbuhan ekonomi untuk mengurangkan kemiskinan. Pertumbuhan aktiviti ekonomi adalah penting untuk menarik orang-orang muda bekerja keras dan secara tidak langsung mengurangkan kadar kemiskinan.

Saya juga mendapati sebenarnya sistem JKM amat baik dan menyeluruh. Mungkin atas sebab kekurangan kakitangan dan sumber, bantuan masih tidak mencukupi. Saya cukup berterima kasih kepada Pn Wan Rosnah (JKM), Pn Mawar (UPEN), Cik Liana (DO) dan En Zahari (Penghulu) dalam usaha ini. Semoga usaha ini berterusan.  

Sim For Malaysia | About Sim For Malaysia | Keadilan Rakyat | Suara Keadilan | Contact
Creative Commons License Sim For Malaysia is powered by WordPress | RSS Entries and RSS Comments
15 queries. 0.546 seconds.