Kebelakangan ini, saya menumpukan perhatian kepada isu kemiskinan. Sempena bulan ramadan, saya meminta sumbangan 300 kampit beras untuk diedarkan kepada golongan miskin, uzur, ibu tunggal dan OKU di kawasan DUN pantai jerejak.
Beberapa majlis sumbangan beras telah dijalankan melalui surau-surau di Sg Nibong, Bayan Baru dan Pantai Jerejak. Saya bersyukur kerana 300 kampit beras ini kebanyakan disumbangkan oleh komuniti Cina. Ini telah menunjukkan semangat muhibah dan keprihatinan pelbagai kaum di kawasan kita. Melalui bancian miskin tegar dan program-program ini, saya semakin memahami isu kemiskinan dengan lebih mendalam.
Program pemberian beras sempena Deepavali juga akan dijalankan. Kalau anda ingin menyumbang/menderma sedikit sebanyak dalam program sebegini, sila email saya: simtzetzin@gmail.com
Sumbangan anda amat diperlukan.
