Sim For Malaysia

Posts tagged ‘Dewan Undangan Negeri’

Salam Tuan/Puan,
Sebagai usaha untuk merakyatkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan sejajar dengan prinsip pentadbiran yang CAT (Cekap, akauntable dan Telus), Saya sedang mengumpul cadangan soalan-soalan untuk ditanyakan kepada Dewan Undangan Negeri untuk Nov ini. T/Puan boleh cadang soalan mengikut aspek:
1. Maklumat atau Masalah Pulau Pinang
2. Maklumat tentang Dasar atau Pentadbiran Negeri
3. Maklumat atau Masalah KADUN Pantai Jerejak
 
Sila tujukan (email, tel, fax) cadangan soalan kepada saya sebelum 10 Oktober, 2008. Soalan yang telah ditanyakan dalam persidangan lepas seperti di bawah:
Terima kasih
 
1.       Apakh cabaran-cabaran dan halangan yang dihadapi oleh kerajaan negeri untuk melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan. Bagaimanakah kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut.
 
2.       Apakah jenis-jenis dan punca-punca jenayah yang berlaku di Pulau Pinang dan juga KADUN Pantai Jerejak. Sila senaraikan dalam statistik secara terperinci bagi sepuluh tahun yang lepas. Apakah usaha dan initiatif kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan badan-badan kerajaan yang lain dalam membanteras jenayah.
 
3.       Apakah visi dan perancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan kualiti hidup Pulau Pinang sebagai “livable city” dari aspek perumahan, pengangkutan awam, kesenian dan kebudayaan. Apakah cabaran yang dihadapi sekarang dan bagaimana mengatasinya.
 
4.       Apakah purata pendapatan, distributasi pendapatan, dan gini koefisyen (gini coefficient) untuk negeri Pulau Pinang dan KADUN Pantai Jerejak 2002-2007. Apakah punca kejadian tersebut dan langkah-langkah untuk mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan (income inequality).
 
5.       Sila terangkan dengan perinci dari A sampai Z, proses pemilihan, proses penyiasatan dan kriteria pemberian rumah kos rendah kepada pemohon-pemohon.


Sim Tze Tzin
ADUN Pantai Jerejak
State Assemblyman of Penang
22, Jalan Talipon,
10400 Georgetown, Penang
Tel: +6019 443 2088
Fax: 04-2260633
www.pantaijerejak.com
www.simformalaysia.com

Sim For Malaysia | About Sim For Malaysia | Keadilan Rakyat | Suara Keadilan | Contact
Creative Commons License Sim For Malaysia is powered by WordPress | RSS Entries and RSS Comments
15 queries. 0.268 seconds.