>>

Dilahirkan sebagai anak jati Penang di Georgetown tanggal 6 Februari 1976. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Hu Yew Seah, Georgetown dan Sekolah Menengah Chung Ling di Air Itam. Selepas beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 1999, beliau terus mengkaji sambil bekerja di Amerika Syarikat di San José State University dan menerima Ijazah Sarjana Sains (Sivil) dalam kejuruteraan lebuhraya. Sim Tze Tzin telah berumahtangga pada umur 30 baru-baru ini.
Selepas menetap di Amerika Syarikat selama 5 tahun, Sim memutuskan untuk kembali ke tanah air yang tercinta dan menjurus dalam bidang politik bagi menyelamatkan negara yang kian merosot. Beliau ialah Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memainkan peranan yang penting dalam pendedahan klip video VK Lingam kebelakangan ini. Walaupun terpaksa berhadapan dengan ugutan hukuman penjara dari pihak kerajaan, Sim Tze Tzin tetap teguh dengan pendiriannya untuk merahsiakan sumber klip video berkenaan bagi mempertahankan keselamatan peribadi pembekal klip video.
Sim mula menyedari potensi kepimpinan sendiri semasa beliau dilantik sebagai pengawas serta pelbagai jawatan dalam kelab ko-kurikulum di sekolah menengah. Beliau juga adalah calon etnik minoriti pertama yang berjaya memenangi pilihanraya kampus dan berjaya menjadi Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM dengan undian melebihi 9000 undi. Setelah di lantik sebagai wakil suara pelajar-pelajar UTM, beliau dengan penuh tanggungjawab melaksanakan tugas dan bertungkus-lumus berjuang demi kebajikan pelajar UTM.
Sim pada usia mudanya telah menunjukkan rasa tanggungjawab dan kesetiaannya kepada negara. Beliau telah mendaftarkan diri beliau untuk berkhidmat sebagai Askar Wataniah Malaysia semasa di universiti. Selepas tiga tahun dibawah latihan yang berat dan sukar, beliau dianugerahkan gelaran Leftenan Muda oleh DYMM Yang Dipertuan Agung pada April 1999.
Sim mula terlibat dalam politik dan pernah tercabar dengan pelbagai penyalahgunaan kuasa, kekejaman pihak polis dan pihak media yang berat sebelah semasa gerakan Reformasi pada 1998 apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim didakwa dan diberhentikan jawatan dalam pihak kerajaan. Bersama-sama dengan rakan-rakan, Sim melibatkan diri dalam gerakan dengan menubuhkan Gerakan Demokratik Remaja dan Pelajar Malaysia (DEMA) untuk menaikkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia dan membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Ramai telah menggelar aktivis-aktivis pada zaman itu sebagai ‘Generasi Reformasi’.
Untuk memenuhi keinginan hendak tahu dalam bidang teknologi, Sim telah bekerja sebagai jurutera di Silicon Valley yang juga dikenali sebagai Lembah Silikon yang terletak di California. Selama 5 tahun di Amerika Syarikat, Sim bergiat aktif mengajak warga Malaysia di Amerika Syarikat untuk berbincang serta bertukar pendapat tentang keadaan tanah air. Beliau telah menjadi perintis dalam menubuhkan Forum Malaysia Stanford University yang merupakan satu badan amal yang membekalkan platform bagi perbincangan urusan awam dan polisi tanah air. Badan awan komuniti tersebut terdiri lebih daripada 300 ahli yang berselerak di seluruh Amerika Syarikat. Sim telah mewujudkan dan menjalinkan hubungan rapat dengan Jabatan Kajian Asia Tenggara (Department of South East Asian Studies) dan beberapa pengkaji politik termasuk professor-professor dari Stanford University, John Hopkins University dan Yale University.
Kebangkitan politik dalam diri Sim bermula dari ibu beliau yang menceritakan tentang insiden Tian An Men yang mencetuskan kejutan dan kagum apabila beliau menyaksikan bagaimana rejim kerajaan China menghimpit hidup rakyat mereka dengan kekejaman. Harapan beliau untuk kedamaian dan keamanan dunia dibawah Persetujuan Oslo antara Palestine dan Israel yang telah dihancurkan oleh Intifadah Pertama. Semenjak itu, semangat beliau dalam bidang politik semakin gagah kerana beliau berharap untuk diberi peluang demi membawa kemajuan dan keamanan untuk seluruh masyarakat.