PR.png

Amaran kepada guru sekolah Cina, PKR mahu penjelasan

9April

PKR hari ini menyeru Kementerian Pelajaran memberi penjelasan mengenai amaran Jabatan Pelajaran Wilayah

Persekutuan kepada petugas dan guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsan Cina (SJKC), supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang menentang kerajaan (BN) dalam tempoh pilihan raya.

Timbalan Ketua Penerangan, Sim Tze Tzin berasa kesal terhadap insiden ini dan turut meminta Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Abd Ghafar memberi penjelasan mengenai amaran tersebut.

Beliau juga menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mejalankan satu siasatan dan mengambil tindakan secepat mungkin.

“Menurut Peraturan-Peraturan Pengawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib), Larangan Mutlak Perkara 21:Kegiatan Politik- pengawai awam di larang membuat penyataan mengenai mana – mana politik, contohnya berkempen bagi mana-mana parti politik,” kata Sim Tze Tzin dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau lagi, Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Abdullah Mad Yunus berjumpa dengan Pengurus Besar dan
Timbalan Pengurus Besar dari 40 buah Sekolah Rendah Kebangsaan Cina pada Isnin lalu, mengarah mereka ingatkan para pengawai dan guru, jangan buat kenyataan bantah kerajaan (BN)

“Menurut laporan media, mereka juga disarankan agar jangan undi pihak pembangkang, atau akan hadapi tindakan disiplin.”

Sim yang juga calon kerusi Parlimen Bayan Baru berkata Abdullah bukan sahaja melanggar Peraturan Pengawai Awam,
malah beliau juga menghalang pilihan raya yang demokrasi.

Menurut akta, pelanggan pengawai awam adalah rakyat, bukan parti politik, maka, pendirian politik mereka mesti di atas pagar.

`Pegawai awam takut’

“Tidak boleh dinafikan, segelitir pegawai awam takut kalau tidak undi parti berkuasa akan diambil tindakan. Mereka demi rezeki, terpaksa undi tidak ikut hasrat mereka,” kata beliau.

“Walaupun, pengawai jawatan tinggi dilantik oleh ahli politik, tetapi mereka masih pengawai awam, tidak kira kerajaan BN atau Pakatan Rakyat pendirian mereka seharusnya atas pagar,” tambah beliau.

Sim juga menyeru seluruh anggota pengawai awam, demi sistem demokrasi negara menjadi kenyataan, demi masa depan negara yang lebih cerah, jangan diperalatkan oleh parti politik.

“Jangan lupa, gaji pengawai awam sebanyak RM 58.6 billion setahun adalah dibiayai oleh wang rakyat.”

Malaysia mempunyai 1.4 juta orang pengawai awam dan 420,000 daripadanya adalah pengawai pelajaran dan guru. Manakala bilangan guru Cina seramai 57,000 orang.

Sim berharap agar pengawai awam dapat bezakan antara kerajaan dan pemerintahan, BN berpeluang memerintah hanya apabila dapat mandat daripada rakyat, rakyat adalah pelanggan pengawai awam.

 

Source from : FMT news

Connect SIM

FacebookTwitter

Donation

Donate today for a better tomorrow!

Bank: Hong Leong Bank
Account Name: Parti Keadilan Rakyat Bahagian Bayan Baru
Account No.: 024-000656-05

Appreciate if you could kindly contact our treasurer Mr Philip Thor at 016-442 3799 once you have banked in your donations. Thank you

Twitter

logo

Copyright © 2013 Sim Tze Tzin . All Rights Reserved.