1.0 mengucapkan selamat hari pekerja dan hari Wartawan sedunia.
2.0 Semalam Perdana Menteri mengumumkan gaji minima RM900 untuk Semenanjung Malaysia dan RM800 untuk Sabah & Sarawak. Ini adalah satu-satu Negara yang menetapkan gaji minima di bawah paras kemiskinan
3.0 Mengapa saya bercakap sedemikian? Mengikut laporan UNDP paras kemiskinan Malaysia adalah pada RM1000. Gaji minima yang lebih rendah daripada paras kemiskinan adalah satu penghinaan kepada para pekerja di Malaysia.
4.0 RM900 untuk Pulau Pinang yang pekerjanya produktif tinggi dan rajin adalah satu ketidak-adilan. Saya menyeru supaya Timbalan Ketua Menteri II menulis kepada menteri Subramaniam untuk meningkatkan gaji minima di Pulau Pinang kepada paras RM1100.
5.0 Mengikut Rancangan Malaysia ke-10, lebih kurang 3.7% rakyat Pulau Pinang adalah berada di bawah paras kemiskinan.
6.0 Akan tetapi, paras kemiskinan yang realistic mengikut pakar ekonomi adalah lebih kurang RM3000 seisi keluarga. Di Pulau Pinang lebih kurang 43.1% adalah pada paras tersebut.
7.0 Ini bermaksud masih terdapat ramai isi keluarga di negeri Pulau Pinang masih di kategorikan sebagai urban poor.
8.0 Cabaran kerajaan adalah menambah pendapatan kepada golongan tersebut supaya mereka memasuki golongan pertengahan.
9.0 Pada pendapat saya, Wawasan kerajaan negeri haruslah bertumpu untuk membentuk negeri berpendapatan sederhana a state of middle class and a state for middle class living.
10.0 Bagaimana kita boleh mencapai Negeri berpendapatan pertengahan?
11.0 Mengikut pakar ekonomi, beberapa strategi yang penting adalah seperti pendidikan bermutu, pelaburan dalam infrastruktur asas, perumahan untuk golongan pertengahan, dan mewujudkan usahawan baru tempatan.
12.0 Saya faham kerajaan negeri mempunyai kuasa yang terhad dalam pelbagai bidang. Maka cadangan saya seterusnya adalah berpandukan kepada bidang kuasa dan initiatif kerajaan negeri sahaja.
Pendidikan
13.0 Buat masa sekarang, kerajaan negeri memberi peruntukan tahunan kepada SJKC, SJKT, sekolah mubaligh dan sekolah agama rakyat. Peruntukan tersebut kebanyakan adalah dalam memperbaiki kemudahan asas seperti bumbung bocor, tandas rosak, cat bangunan.
14.0 Saya dapati bahawa kebanyakan sekolah telah Berjaya membaiki bumbung bocor, tandas mereka. Tibalah masanya dasar peruntukan ini diperbaikan. The future for Penang is better, smarter schools.
15.0 Maka focus kerajaan negeri boleh beralih kepada menaik taraf infrastruktur sekolah untuk abad ke-21.
16.0 Di sini saya ingin cadangkan peruntukan tahun-tahun seterusnya disalurkan kepada pembinaan perpustakaan, penyediaan makmal sain dan matematik, dan penyediaan HSBB percuma di kawasan sekolah.
17.0 Perpustakaan sekolah haruslah mempunyai buku-buku yang lengkap, mempunyai journal sains dan matematik berkala yang baru, buku-buku bermutu tinggi. Jika mereka tidak mempunyai perpustakaan, maka peruntukan harus disalurkan untuk membinanya. Jika mereka telah mempunyai perpustakaan, maka peruntukan harus disalurkan untuk membeli buku, journals, dan periodicals.
18.0 Peruntukan juga boleh disalurkan ke Makmal sains dan matematik untuk membeli bahan pengajaran yang boleh menimbulkan minat pelajar dalam bidang sains dan matematik.
19.0 Hakikatnya survival pulau pinang adalah dalam industri sains dan teknologi. Kita harus menanam minat pelajar dalam bidang-bidang ini seawall-awalnya.
20.0 Peruntukan juga harus digunakan untuk membina makmal komputer yang dilengkapi HSBB. Pelajar haruslah mempunyai kemudahan untuk menggunakan internet percuma, supaya mereka boleh menghadapi cabaran dunia global yang rata. The world is flat.
21.0 Kita harus mengurangkan jurang digital antara pelajar yang kaya dan miskin. Kita harus menyediakan kemudahan internet sebanyak yang mungkin. Sesiapa yang perlukan internet, terutamanya pelajar-pelajar, boleh access internet di mana-mana sahaja, umpamanya sekolah-sekolah.
22.0 Dengan menumpukan peruntukan kepada better school and smarter school, kita akan dapat menghasilkan graduan yang competitive yang boleh mendapat pekerjaan golongan pertengahan.
Pelaburan dalam infrastruktur
23.0 Dari segi infrastruktur, saya menyeru supaya kerajaan negeri mencari jalan untuk menyediakan public transportation seperti tram yang dicadangkan oleh Transportation Master Plan. Penyediaan public transportation yang murah dan berkesan adalah penting untuk mewujudkan golongan pertengahan. Mereka tidak perlu lagi membelanja wang besar untuk membeli kereta, atau boleh mengurangkan penggunaan kereta yang memakan belanja besar.
24.0 Walau bagaimanapun, saya juga faham bahawa kita tidak boleh elak daripada pembinaan lebuhraya seperti dalam Transportation master plan. Maka kerajaan negeri harus memilih priority yang betul.
Perumahan Golongan Pertengahan
25.0 Kerajaan haruslah mengkaji semula proses kelulusan merancang yang laissez faire. Keutamaan kelulusan perancang haruslah diberi kepada projek rumah golongan pertengahan yang mampu dimilik oleh golongan pertengahan.
26.0 Saya difahamkan semua permohonan merancang harus diluluskan dalam tempoh masa 3 bulan berdasarkan prinsip CAT. Mengapakah kita tergesa-gesa untuk meluluskan rumah berjuta-juta ringgit yang majority rakyat Pulau Pinang tidak mampu beli? Golongan kaya sudah ada rumah dan Rumah sedemikian boleh tunggu. Tugas kerajaan Pakatan Rakyat adalah menjaga golongan pertengahan dan rendah bukan tauke-tauke besar. Buat masa sekarang, rumah mewah sudah mencukupi, dan kerajaan tidak perlu menambah kepada pasaran spekulasi. Tidak wajar kita berkejar-kejar meluluskan permohonan perancang rumah mewah.
27.0 Saya menyambut baik cadangan kerajaan negeri mensyaratkan orang asing membeli rumah lebih dari 1 juta. Ini adalah satu dasar yang baik untuk menjaga kepentingan rakyat jelata pulau pinang.
28.0 Saya juga ingin menarik perhatian kerajaan negeri kepada pemilik-pemilik lebih daripada 2 rumah. Kerajaan negeri seharusnya mengenakan syarat sedemikian kepada mereka. Ini adalah untuk mengelakkan housing bubble yang berlaku seperti di Amerika Syarikat.
29.0 Begitu juga dengan pembeli rumah yang tidak bermastautin di negeri Pulau Pinang, syarat-syarat ketat harus dikenakan kerana mereka telah menambah kepada pasaran spekulasi.
30.0 Dasar-dasar yang melindungi rakyat pertengahan pulau pinang adalah prioriti supaya kita boleh retain talents di negeri pulau pinang. Kita tidak mahu mereka berhijrah ke tempat lain semata-mata mereka tidak mampu memilik rumah di negeri Pulau Pinang.
31.0 Untuk pemaju, ada juga kebaikannya, kita haruslah mengelakkan sebarang gejala bubble yang akan menghancurkan industri pembinaan. Yang lebih penting adalah pertumbuhan yang mapan.
32.0 Satu lagi isu berkenaan dengan rumah kos rendah, setakat ini, pemaju diwajibkan membina 30% rumah kos rendah. Akan tetapi, kebanyakkan kualiti rumah-rumah tersebut rendah. Ini disebabkan pemaju ingin menjimatkan kos dan membina pada kawasan yang tidak strategik.
33.0 Kalau projek perumahan ala-HDB Berjaya di batu kawan, saya ingin mencadangkan kerajaan tinjau kemungkinan kita mengambil alih pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik daripada pemaju.
34.0 Contohnya Pemaju haruslah serah tanah dan wang sumbangan kepada kerajaan negeri dan biarlah Penang Housing Board membina perumahan mampu milik yang berkualiti tinggi
35.0 Atau Housing Board menetapkan rekabentuk dan criteria kepada pemaju dan pemaju harus membina mengikut spec.
36.0 Kita haruslah memastikan projek mampu milik berkualiti dibina pada masa depan.
Mewujudkan usahawan golongan pertengahan
37.0 Sejak dahulu lagi, focus pertumbuhan negeri adalah daripada FDI. Betul, ia berjaya membawa pertumbuhan dan pekerjaan.
38.0 Akan tetapi, Zaman globalisasi 2.0 memerlukan pemikiran baru dalam dasar industri negeri Pulau Pinang.
39.0 Dulu tumpuan kita adalah untuk menarik pelaburan kilang-kilang yang membawa 10,000 ribu peluang pekerjaan. Maka pada tahun 80an, kita merupakan production center untuk kilang-kilang seperti intel dan Robert Borsch.
40.0 Tetapi buat masa sekarang, kita tahu bahawa kilang-kilang berteknologi tinggi walaupun melabur ratusan juta ringgit, tetapi hanya membawa ratusan peluang pekerjaan sahaja.
41.0 Ini adalah satu perubahan yang ketara. Dengan teknologi tinggi, dan R&D mereka, kilang-kilang berupaya operasi dengan tenaga kerja yang jauh lebih kurang.
42.0 Di Amerika Syarikat dulu ada pepatah: “As goes General Motors, so goes America.” Tetapi ini tidak lagi benar.
43.0 Buat masa sekarang, kilang-kilang yang memberi 10,000 pekerjaan kepada satu tempat, semakin berkurangan.
44.0 Pada zaman globalisasi 2.0, kita perlukan start-up yang mempunyai pelbagai saiz. Di Amerika, sekarang pepatah yang baru adalah:
45.0 Mengapa kita harus menumpukan dasar kepada syarikat-syarikat start-up yang kecil. Biar saya bagi contoh:
46.0 Pada 2006, hanya segelintir kecil kita mempunyai smartphone. Sekarang lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai smartphone. Pada tahun 2006, industri Application untuk smartphone belum bermula, sekarang penjualan applikasi seperti angry bird atau whatsapp telah mencecah RM114 billion ringgit.
47.0 Maka focus dasar perindustrian negeri Pulau Pinang haruslah beralih kepada memupuk start-up atau perniagaan kecil.
48.0 Saya tahu adalah satu syarikat tempatan yang membuat test untuk Apple Products, syarikatnya hanya mempunyai 30 pekerja.
49.0 Saya tahu syarikat tempatan yang membuat “chop” atau “stamp” yang berteknologi tinggi. Companynya hanya ada 10 orang pekerja.
50.0 Saya tahu syarikat tempatan yang menjual Emas berteknologi tinggi, syarikatnya berkembang dari 20 orang sehingga ke ratusan pekerja sekarang.
51.0 Maka, Focus kerajaan negeri dan Agensi kerajaan umpamanya InvestPenang dan PDC juga harus berubah focus membantu syarikat start-up globalisasi 2.0 tempatan.
52.0 Kalau kita boleh menjual ratusan ekar tanah kepada syarikat international, haruslah kita reserve 20 ekar tanah kepada syarikat start-up tempatan.
53.0 Kita harus memberi tumpuan kepada syarikat tempatan yang berpotensi Globalisasi 2.0. Inilah syarikat-syarikat yang boleh membawa Pulau Pinang ke tahap yang lebih tinggi.
Isu setempat
54.0 Saya menyambut baik beberapa initiatif kerajaan seperti mud balls, saya ingin tahu adakah mudballs tersebut berkesan untuk membersihkan sungai-sungai? Apakah laporan-laporan teknikal berkenaan isu tersebut.
55.0 Kalau berkesan, mengapakah kita kurang melaksanakan initiatif tersebut sekarang? Adakah kos-benefit berbaloi?
56.0 Bagaimanakah program-program penanaman pokok? Adakah penanaman pokok mencapai sasaran kerajaan negeri?
57.0 Saya terima aduan bahawa Terminal Bas Sg Nibong telah tutup jalan masuk kereta, ini membawa keadaan tidak selesa kepada pengguna bas semasa hari hujan, diminta MPPP mencari jalan menyelesaikan masalah tersebut.
Human Traficking
58.0 Baru-baru ini beberapa kes human trafficking telah menimbulkan perhatian masyarakat.
59.0 YB Pulau Tikus membantu membebaskan 122 orang Vietnamese, saya membantu 4 orang warga Negara China. Ini kes serious, ia telah merosakkan martabat Negara Malaysia.
60.0 Kes yang saya Bantu, mereka terpaksa kerja 364 hari satu tahun, setiap minggu 2 jam diberi untuk membeli barang keperluan, gaji ditahan berbulan-bulan, sehinggakan salah seorang ingin membunuh diri.
61.0 Polis haruslah seriously menyiasat secara serious tentang kes-kes human trafficking ini. Setakat ini kita masih belum Nampak ada sesiapa didakwa ke makhamah. We want to justice to be done and seen to be done. The world is watching us.
62.0 Apabila saya masuk campur sebagai wakil rakyat, saya pula nyaris-nyaris diperangkap. Minggu lepas, saya terima telefon daripada mangsa bahawa, suspek Berjaya berjumpa dengan mangsa dan meminta mangsa menukar statement dan menuduh saya yang memperalatkan mereka. Mereka juga memaklumkan kepada saya mungkin sesetengah polis adalah kawan baik suspek dan mereka mendapat massage percuma di premis suspek.
63.0 Ini kes serious dan saya telah membuat laporan polis dan meminta penyiasatan yang seadil-adilnya. Kerana wakil rakyat yang menjalankan tugas dengan ikhlas dan jujur nyaris-nyaris terperangkap
64.0 Kita tahu bahawa PRU yang akan datang adalah PRU yang paling kotor sekali. Beratus ribu pengundi baru yang identity mereka tidak dapat dikenalpasti disumbat ke dalam daftar pengundi.
65.0 Pengerusi dan Timbalan SPR adalah ahli UMNO. Kewibawaan dan independence of SPR diragui.
66.0 Minggu yang lepas 250,000 rakyat Malaysia berhimpun di KL untuk menolak SPR dan meminta reformasi SPR.
67.0 Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya tangguhkan Pilihanraya Negeri Pulau Pinang sehingga SPR selesai membersihkan daftar pengundi dan melaksanakan 8 tuntan Bersih sepertimana yang dituntut oleh 250,000 rakyat Malaysia dan 7000 rakyat Pulau Pinang yang berkumpul dalam himpunan Bersih.
68.0 Kerajaan haruslah bersolidarity dengan Rakyat Malaysia dan Bersih, tangguhkan Pilihanraya Negeri dan memberi tekanan kepada SPR dan kerajaan persekutuan
69.0 Hakikatnya kita mahukan Pilihanraya yang bersih dan adil.





