Sim For Malaysia

Berita

Para ADUN sekarang sedang sibuk bersiap-sedia untuk Dewan Undangan Negeri yang bakal diadakan pada 21 Julai nanti. Ini merupakan satu amanah yang cukup besar untuk kami. Sesi menghantar soalan telah bermula minggu lepas dan akan berakhir besok. Setiap ADUN berkesempatan menanya 3 soalan lisan dan 30 soalan bertulis.

Kebelakangan ini, saya telah menumpukan perhatian saya pada “research” untuk soalan-soalan. Saya bertumpukan soalan saya kepada Agenda Perubahan, Ekonomi, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam. Saya amat bernasib baik kerana pendidikan dan kerjaya saya sebelum ini berkaitan dengan bidang-bidang tersebut, malah pengalaman pekerjaan saya di luar negeri memberi nilai yang tidak terharga. Semoga saya boleh membawa agenda perubahan untuk memacukan negeri mutiara ke harapan yang baru.

Kalau kamu ada kemusykilan, jangan segan mengacukan soalan kepada saya, ya! Biar saya tanya!

Isu minyak gara-gara menjadi perdebatan kalangan pimpinan PKR. Maka Secretariate PKR mengadakan sessi perbincangan para ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dengan 3 tokoh pakar ekonomi dan sosiologi, ie Prof Rajah Rasiah, Prof Jomo K.S. dan Dr Syed Husin Ali.

Perbincangan giat membincangkan implikasi kenaikan harga minyak dan juga pengangkutan awam. Isu fiskal dan monetary juga dibincangkan untuk mengurangkan defisit negara. Paling ketara adalah langkah-langkah untuk menggurangkan pembasiran awam.

Sesi pagi ini akan diteruskan dengan sesi-sesi berikutan pada hujung bulan ini. Usaha untuk memperkasakan wakil rakyat untuk memperjuangkan agenda rakyat giat dijalankan.

Sim Tze Tzin

Laporan Seratus Hari…

June 15th, 2008

Sudah lebih kurang seratus hari saya diundi sebagai wakil rakyat anda. Saya amat bersyukur dan cukup bertuah diberikan peluang memimpin dan berkhidmat kepada anda, masyarakat Pantai Jerejak.

Selepas tarikh bersejarah 8 Mac, saya telah diberikan kepercayaan menjadi menganggotai beberapa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK). Di antaranya adalah MMK Kerajaan Tempatan, MMK Perdagangan dan Perniagaan, MMK Hal Ehwal Pengguna, MMK Tebatan Banjir dan MMK Perumahan.

Penglibatan saya dalam MMK ini petanda jelas bahawa buah pandangan kita semua masyarakat Pantai Jerejak amat dihargai kerajaan negeri. Berkat kepercayaan anda juga, saya dibantu oleh petugas-petugas di DUN Pantai Jerejak berjaya menangani sebahagian besar kes-kes yang diajukan kepada kami.

Contohnya, kami telah bertindak selaku orang tengah dalam rundingan antara penduduk Kampung Sungai Nibong Besar dan pemaju-pemaju perumahan. Rundingan ini melibatkan lebih 130 rumah dengan 2 pemaju.

Sekumpulan pelajar cemerlang lepasan SPM juga telah dibawa ke Parlimen untuk mendapatkan bantuan biasiswa dan tempat untuk program matrikulasi. Saya berjaya berjumpa dengan timbalan menteri pelajaran dan berjaya mengajukan kes-kes rayuan untuk pertimbangan lanjut.

Masalah banjir di Kampung Sungai Nibong Besar turut mendapat perhatian. Pemaju telah memperbaiki keadaan parit dan memberi pampasan kepada penduduk. Ahli-ahli MPPP juga telah dibawa ke Pasar Bayan Baru untuk menyelesaikan sebahagian masalah mereka. Saya berserta Ahli Parlimen turut bertemu pemandu-pemandu teksi meninjau masalah mereka dengan lebih dekat.

Sebahagian kilang di Bayan Lepas juga telah menerima kunjungan kerja dalam menjalinkan hubungan lebih erat antara penduduk Pantai Jerejak dan industri serta pelabur.

Ini semua hanyalah sebahagian kecil daripada usaha dan masalah yang telah berjaya diuruskan. Saya dan pasukan saya akan terus bekerja keras dan berkhidmat untuk anda.

Kepada semua penduduk Pantai Jerejak yang dikasihi,

Kita telah mencipta satu sejarah pada 8 Mac 2008! Jutaan terima kasih penghargaan kerana telah mengundi saya dan percaya kepada pimpinan kami. Saya berbesar hati dan rasa terharu dengan sokongan yang memberangsangkan. Saya berjanji akan berusaha untuk menjaga kebajikan rakyat Pulau Pinang dan meletakkan semua rakyat dari semua bangsa sebagai keutamaan saya. Tiada sesiapan pun yang akan diabaikan.

8 Mac hanyalah sebagai permulaan perjuangan saya untuk memberikan kehidupan yang terbaik untuk anda, kawasan Pantai Jerejak, dan semua rakyat Pulau Pinang. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda dan sokongan anda yang tidak pernah putus sehingga kini. Saya bersedia untuk berkhidmat sebagai hamba dan juga ketua anda untuk empat tahun yang akan datang.

Yang benar,
Sim Tze Tzin

Adakah Malaysia Selamat?

February 23rd, 2008

Apakah pendapat anda?

Sim For Malaysia | About Sim For Malaysia | Keadilan Rakyat | Suara Keadilan | Contact
Creative Commons License Sim For Malaysia is powered by WordPress | RSS Entries and RSS Comments
15 queries. 0.607 seconds.