Sim For Malaysia

 Adun Pantai Jerejak, YB Sim Tze Tzin hari ini telah turun ke Kampung Sungai Nibong Besar untuk memberi bantuan segera kepada 4 buah keluarga mangsa bumbung rumah yang telah ditiup angin pada malam semalam. Beliau berjaya memberi bantuan dalam masa kurang 24jam sahaja. Turut hadir bersama YB Sim, Ahli Majlis MPPP En Mohd Rashid Hasnon, Pengerusi JKKK Sg Nibong Besar En Hj Ishak, Setiausaha JKKK Sg Nibong Besar En Jamaluddin, Penghulu Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya En Zul Hazman, Isteri kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Datin Aishah, Pengerusi JKKK Mahsuri Pn Latifah Hussainsa dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Barat Daya,  En Thum. Semua mangsa bencana telah menerima bantuan kewangan sebanyak RM800. 

dsc04222.JPGdsc04226.JPG

Menurut YB Sim, beliau berharap dengan bantuan kewangan yang diberikan kepada keluarga mangsa ini,  ianya akan membantu mereka untuk membaiki kerosakan yang berlaku dan sekaligus meringankan beban mereka. Beliau juga amat bersyukur kerana kejadian ribut ini tidak membawa sebarang ancaman kepada keselamatan penduduk dan tiada kerosakan yang serius dilaporkan berlaku pada rumah mangsa. Beliau berkata, kejadian umpama ini jarang berlaku namun beliau tetap bersedia dengan pasukan  bantuan segera sekiranya berlaku bencana seperti ini.

dsc04229.JPGdsc04231.JPG

YB Sim juga menyeru semua penduduk kampung mengambil initiatif memperkuatkan bumbung masing-masing untuk mengelakkan sebarang kejadian sebegini berulang.

Leave a Reply

 
Sim For Malaysia | About Sim For Malaysia | Keadilan Rakyat | Suara Keadilan | Contact
Creative Commons License Sim For Malaysia is powered by WordPress | RSS Entries and RSS Comments
12 queries. 0.134 seconds.