In this budget Speech I spoke on the spirit of Federalism according to our fore-fathers especially by Tunku Abdul Rahman in his Independence speech “Pemasyhuran Kemerdekaan”.
I also spoke on the need to develop Penang into a Metropolis. Where the spirit of Cosmopolitan and inclusiveness thrive.
For Kawasan Pantai Jerejak, I urge the Chief Minister to bring the matter up to Majlis Keselamatan Negeri and draw a strategy to solve crime in KADUN Pantai Jerejak
Yang Berhormat Dato Speaker,
- 1. Terima kasih kerana memberi kesempatan berdebat Bajet 2010 yang dibentangkan oleh YAB Ketua Menteri.
- 2. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB KM kerana sekali lagi membentangkan Bajet 2010 yang dinamik dan berwawasan. Walaupun dengan keupayaan kewangan yang begitu terhad, kerajaan negeri masih berupaya menetapkan agenda pembangunan dan program bantuan sosial. Syabas saya ucapkan kepada kerajaan negeri.
- 3. Apakah isu utama yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini? Isu pokok bukannya Pemuda UMNO/BN demo samseng di luar Dewan Undangan Negeri. Bukannya tuduh menuduh antara Kerajaan Pakatan Rakyat dan Pembangkang Barisan Nasional tipu-menipu.
- 4. Isu yang paling utama dihadapi sekarang adalah isu Federalisme. System federalisme yang diamalkan oleh Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Federation of Malaysia. Federalisme mengikut tafsiran adalah seperti berikut:
federalism is a system in which the power to govern is shared between national and state governments, creating what is often called a federation.”
- 5. Saya ingin memetik Pengistiharan “Pemasyhuran Kemerdekaan” yang dilafazkan begitu lantang oleh Perdana Menteri Pertama, Allayarham Tunku Abdul Rahman.
“Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.
- 6. Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.
- 7. Jelas bahawa Negeri Pulau Pinang dan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia mempunyai perjanjiaan antara satu sama lain. Malaysia adalah negara berprinsipkan federalisme.
- 8. Walau bagaimanapun, apabila kita memperdebatkan bajet Pulau Pinang 2010, kita dapati bahawa semangat federalism ini tidak dipatuhi oleh kerajaan pusat. Saya ingin memberi beberapa contoh di sini:
- 9. Pertama, pemberian persekutuan untuk pembangunan negeri pulau Pinang untuk tahun 2010 hanyalah RM 8.67 juta sahaja. Ini bermaksud purata seorang warga Pulau Pinang hanya dapat RM5.40, ngam-ngam cukup makan nasi lemak dan teh tarik. Bagaimana pula untuk pembangunan? Mana cukup?
- 10. Ada diantara pembangkang mungkin argue bahawa projek atau peruntukan dari kerajaan pusat akan disalurkan melalui kementerian atau melalui agensi kerajaan pusat. Saya ingin memberi contoh.
- 11. Saya memperolehi surat dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Menteri MOA memangil mesyuarat bertajuk “Mesyuarat Antara YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dengan EXCO-EXCO PERTANIAN Negeri 1/2009. Tetapi, apabila saya memeriksa surat yang bertajuk 16 Jun 2009, negeri-negeri yang dijemput, Exco Melaka dijemput, Exco Pahang dijemput, Exco Johor dijemput, Exco Negeri-negeri Barisan Nasional dijemput, tetapi Exco negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak dijemput.
- 12. Kalau Menteri Pertanian tidak menjemput pegawai kerajaan negeri, bagaimanakah beliau tahu tentang kesusahan petani-petani kita? Adakah beliau prihatin atau asyik memain politik sahaja?
- 13. Ketiga, agensi kerajaan pusat seperti Perda juga cuba berbagai-bagai cara sabotage program kerajaan negeri. Saya beri contoh, Medan Fair 2009 yang dianjurkan oleh kerajaan PP untuk membantu peniaga-peniaga kecil sederhana. Kami cuba atur mereka menembusi pasaran besar di Medan. Tetapi, saat saat akhir, Perda mengarahkan semua peniaga-peniaga di bawah tajaan mereka boikot majlis pembukaan yang dihadiri oleh Ketua Menteri, TYT dan Gabenor Medan. Ini telah menyebabkan peniaga-peniaga kehilangan peluang berjumpa dengan peniaga-peniaga Indonesia yang turut menghadiri majlis pembukaan tersebut.
- 14. Keempat, apabila Ketua Menteri mengumumkan hasrat kerajaan negeri untuk menukar hak milik tanah dari hakmilik sementara (lease hold) kepada hakmilik kekal (freehold), kerajaan pusat pula membuat macam-macam untuk menghalang usaha tersebut. Majlis Tanah Negara diguna untuk menghalang program ini. Saya ingin memberi peringatan kepada kerajaan pusat, isu tanah adalah hak negeri, kerajaan pusat jangan campur tangan dalam urusan negeri.
- 15. Saya juga ingin menyeru YAB Ketua Menteri terus memperjuangkan isu pertukaran hak milik tanah dalam Majlis Tanah Negara jumaat yang akan datang.
Yang Berhormat Tuan Speaker.
Adalah penting, kita balik ke pangkal semangat federalisme yang pada saat-saat kemerdekaan 31hb Ogos 1957. Di mana negeri dan kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa yang berlainan dalam State List dan federal list. Kerajaan persekutuan seharusnya menghormati kerajaan negeri dengan memberi peruntukan pembangunan yang secukupnya untuk menjamin keadilan seperti yang termangkup dalam pemasyhuran kemerdekaan 1957.
- 16. Kes-kes yang berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain seperti Royalti minyak Kelantan, kes peruntukan pembangunan yang cukup sedikit di negeri Selangor dan Pulau Pinang, dan Janji-janji Peruntukan Wang Warisan sebanyak RM25 juta yang belum diterima amat membimbangkan. Kita perlu meninjau semula kontrak-kontrak atau persetujuan-persetujuan antara negeri dan kerajaan persekutuan semula supaya semangat federalisme ini dipatuhi dan perjanjian ditunaikan.
- 17. Apabila rakyat PP menyumbangkan berbilion-bilion ringgit untuk pendapatan negara, saya nak tanya, adakah itu adil hanya RM 8.67 juta disalur balik sebagai peruntukan pembangunan negeri? Adakah kerajaan persekutuan berlaku profesional?
YB Dato Speaker,
- 18. Saya menyanjung tinggi YAB KM untuk mencapai wawasan Penang sebagai International City. Sememangnya itu adalah satu-satu hala tuju yang harus kita capai. Kita sememangnya merupakan sebuah International City sebelum kemerdekaan. Malangnya zaman kegemilangan kita telah semakin merosot di bawah pimpinan lemah.
- 19. Kita tahu dalam dunia yang begitu globalized, “No Man is an Island”. Kita begitu bergantung antara satu sama lain dalam dunia ini. Maka adalah penting Pulau Pinang mencapai suatu status metropolitan ke-dua di Malaysia selepas Kuala Lumpur.
- 20. Konsep Metropolitan bukan sahaja mengandungi satu-satu bandar. Metropolis seharusnya mengandungi lebih daripada satu bandaraya. Kalau kita ambil contoh metropolitan San Francisco, ia mengandungi City of San Francisco, City of San Jose, City of Oakland, Berkeley dan banyak lagi bandar dan county yang semuanya mempunyai kuasa authority masing-masing.
- 21. Strategi Metropolitan Pulau Pinang juga haruslah begitu. Metropolitan PP harus mencakupi Bandaraya Georgetown, Bayan Baru, Balik Pulau, Seberang Perai malah Kulim ke dalam lingkungan metropolitan ini. Maka, adalah penting kerajaan negeri Pulau Pinang berunding dengan pihak kerajaan negeri Kedah dalam konsep pembangunan bersepadu atau integrated supaya kita merealisasikan metropolitan Pulau Pinang.
- 22. Kalau kita cukup bercita-cita tinggi, Metropolitan Pulau Pinang juga harus mengandungi Medan di Indonesia dan Hatyai di Selatan Thai, dengan Pulau Pinang sebagai pusat pentadbiran, innovasi, business, hiburan dan sebagainya. Kita haruslah jadi pemimpin dalam pelbagai bidang.
- 23. Antara ciri-ciri sebuah metropolitan dan International City adalah semangat kosmopolitannya. Kosmopolitan yang juga giat dipelopori oleh tokoh-tokoh falsafah seperti Immanuel Kant diterangkan seperti berikut: “The cosmopolitan community might be based on an inclusive morality, a shared economic relationship, or a political structure that encompasses different nations.” Dalam kes Metropolitan Pulau Pinang adalah semangat inclusivity, shared economic relationaship that encompasses different ethnicity, religion and region.
- 24. Dalam kerangka semangat kosmopolitan ini, maka rakyat Pulau Pinang haruslah lebih menyesuaikan diri dalam pemikiran progresif dan kosmopolis. Kita harus “embrace” the world dengan lebih cepat lagi. Melalui program-program seperti Penang Free Wifi, kita boleh menjadi lebih connected dengan dunia luar dan ini akan mempercepatkan pemikiran yang lebih progressif dan inclusive jika rakyat Pulau Pinang dapat dijalinkan dengan dunia luar.
- 21. Business Community di Pulau Pinang juga harus dengan lebih aggressive menembusi peluang-peluang perniagaan dalam metropolitan Pulau Pinang sehinggakan Medan dan Selatan Thailand.
22. Infrastruktur merupakan suatu ciri-ciri penting metropolitan Pulau Pinang. Maka adalah penting kerajaan Pulau Pinang membina MICE center yang baru untuk membawa aktiviti-aktiviti perdagangan ke Pulau Pinang.
23. Walau bagaimanapun, saya kurang setuju dengan projek pembinaan monorail yang sedang diuji. Monorail tidak dapat menampung sistem pengangkutan awam untuk bandar metropolis. Ia tidak mempunyai kapasiti dan kelajuan yang sepenuhnya.
24. Tambahan pula, ia akan merosakkan pandangan bandaraya Georgetown yang merupakan bandar warisan.
25. Penyelesaian ke atas masalah ini adalah Mass Rapid Transit atau sekurang-kurangnya Light Rail Transit dibina di luar Bandaraya Georgetown, seperti dari Balik Pulau, Bayan Baru sehinggakan kita perlu ada MRT dari seberang Perai.
26. Dalam bandaraya Georgetown pula kita perlu Tram system yang dijalankan di atas tanah (at grade), supaya mengembalikan suasana heritage dan tidak merosakan pemandangan.
27. Saya juga amat gembira apabila YAB KM dalam ucapan bajet perenggan 40 membangkitkan pelan pembinaan laluan basikal (Bicycle track). Terima kasih kerana menyokong cadangan saya untuk membina “The Great Penang Trail” sebuah laluan bicycle yang meliputi dari Batu Maung sehingga ke Teluk Bahang. Konsep bike path ini telah saya bentangkan sidang dewan yang lepas. Walau bagaimanapun, perbelanjaan projek ini agak tinggi. Saya ingin meminta peruntukan kepada MPPP sebanyak RM5 juta untuk tahun 2010 untuk menjayakan projek ini.
- 27. Pendidikan menjadi satu elemen yang cukup penting dalam budaya kosmolitan Metropolis Pulau Pinang. Dalam KADUN Pantai Jerejak, dalam usaha menwujudkan International city, saya telah mewujudkan kelas-kelas internet marketing untuk mengajar penduduk-penduduk KADUN Pantai Jerejak bagaimana memasarkan produk-produk atau membuat business melalui internet.
- 28. Saya ingin menubuhkan 7 mini perpustakaan dalam kampung-kampung, dewan JKKK yang dilengkapi kemudahan komputer, internet dan buku-buku bacaan supaya memberi suatu suasana pembelajaran yang baik kepada orang ramai terutamanya murid-murid sekolah.
- 29. Walau bagaimanapun, dengan peruntukan yang begitu terhad, saya ingin memohon bantuan kerajaan negeri untuk membiayai sebahagian daripada perbelanjaan program-program ini.
- 30. Masalah jenayah juga cukup membimbangkan dalam KADUN Pantai Jerejak. Baru-baru ini pelbagai mangsa jenayah telah mengadukan masalah mereka kepada saya. Di antara mereka ada kes pecah rumah, kes ragut, kes curi kereta dan paling serius adalah kes culik rompak. Kebanyakkan kes-kes ini adalah dari Taman Sri Nibong, Pantai Jerejak, Taman Sunway Tunas dan Bayan Baru. Memandangkan kes-kes ini semuanya cukup serius, saya telah menulis surat kepada Ketua Polis Negeri meminta maklum balas dan mengemukakan tindakan seterusnya kepada saya dan penduduk KADUN Pantai Jerejak. Malangnya sehingga sekarang saya belum menerima apa-apa, dan masalah jenayah semakin serius. Saya ingin meminta kerajaan negeri membawa isu jenayah di KADUN Pantai Jerejak dalam Majlis keselamatan negeri supaya satu pelan tindakan KADUN Pantai Jerejak dirancangkan.
- 31. Secara amnya, bajet 2010 adalah suatu belanjawan yang cukup mesra rakyat dan membawa kebaikan yang maxima kepada rakyat negeri Pulau Pinang.
- 32. Saya memohon menyokong.