Sudah lebih kurang seratus hari saya diundi sebagai wakil rakyat anda. Saya amat bersyukur dan cukup bertuah diberikan peluang memimpin dan berkhidmat kepada anda, masyarakat Pantai Jerejak.
Selepas tarikh bersejarah 8 Mac, saya telah diberikan kepercayaan menjadi menganggotai beberapa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK). Di antaranya adalah MMK Kerajaan Tempatan, MMK Perdagangan dan Perniagaan, MMK Hal Ehwal Pengguna, MMK Tebatan Banjir dan MMK Perumahan.
Penglibatan saya dalam MMK ini petanda jelas bahawa buah pandangan kita semua masyarakat Pantai Jerejak amat dihargai kerajaan negeri. Berkat kepercayaan anda juga, saya dibantu oleh petugas-petugas di DUN Pantai Jerejak berjaya menangani sebahagian besar kes-kes yang diajukan kepada kami.
Contohnya, kami telah bertindak selaku orang tengah dalam rundingan antara penduduk Kampung Sungai Nibong Besar dan pemaju-pemaju perumahan. Rundingan ini melibatkan lebih 130 rumah dengan 2 pemaju.
Sekumpulan pelajar cemerlang lepasan SPM juga telah dibawa ke Parlimen untuk mendapatkan bantuan biasiswa dan tempat untuk program matrikulasi. Saya berjaya berjumpa dengan timbalan menteri pelajaran dan berjaya mengajukan kes-kes rayuan untuk pertimbangan lanjut.
Masalah banjir di Kampung Sungai Nibong Besar turut mendapat perhatian. Pemaju telah memperbaiki keadaan parit dan memberi pampasan kepada penduduk. Ahli-ahli MPPP juga telah dibawa ke Pasar Bayan Baru untuk menyelesaikan sebahagian masalah mereka. Saya berserta Ahli Parlimen turut bertemu pemandu-pemandu teksi meninjau masalah mereka dengan lebih dekat.
Sebahagian kilang di Bayan Lepas juga telah menerima kunjungan kerja dalam menjalinkan hubungan lebih erat antara penduduk Pantai Jerejak dan industri serta pelabur.
Ini semua hanyalah sebahagian kecil daripada usaha dan masalah yang telah berjaya diuruskan. Saya dan pasukan saya akan terus bekerja keras dan berkhidmat untuk anda.
June 16th, 2008 - 12:17 pm
Sim, kamu ckp bahawa kamu telah menyelesaikan banyak masalah -masalah yang dihadapi oleh penduduk Pantai Jerjak. Akan tetapi saya sampai hari ini masih tidak nampak kamu buat apa-apa terhadap aduan yang saya buat pada masa bulan April(jika tak silap saya) di laman web ini(tetapi kamu sudah delete aduan tersebut).
Aduan saya adalah seperti berikut:-
Pada masa air laut pasang, disekitar jalan pantai jerjak satu, air laut akan naik sampai diatas jalan, ini telah mengakibatkan kami sebagai penduduk dan pengguna jalan tersebut mangalami banjir dan susah melalui laluan tersebut.
Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jikalau hujan lebat pada masa itu.
Oleh yang demikian, saya meminta jasa baik kamu, tolong menyelesaikan masalah tersebut dengan secepat mungkin.
Terima Kasih.
June 18th, 2008 - 2:08 pm
Salam Beh,
Saya telah mengarahkan PA saya John untuk menyiasat masalah ini.
Banjir di kawasan anda adalah disebabkan oleh air laut. Keadaan ini berlaku kerana paras longkang adalah lebih rendah semasa air pasang. Ini mungkin disebabkan oleh salah rekabentuk semasa rumah kawasan kami dimajukan.
Akan tetapi, PA saya akan menyiasat masalah ini dengan lebih lanjut dan mencadangkan masalah penyelesaian.
Sila sabar, saya jangka masalah kamu lebih rumit. Ia mungkin memakan masa dan belanja. Saya akan mengajukan masalah kamu kepada jabatan kerajaan yang berkenaan.
Terima kasih
June 25th, 2008 - 7:38 pm
YB, akhir nya saya telah mendapat balas dari kamu. Berharap kamu dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin demi penghuni yang menghadapi masalah banjir salama ini.
Candangan untuk kamu terhadap penyelesaian:
Cuba bersihkan sampah sarap atau pasir-pasir yang terdapat didalam sungai yang terletak disebelah Mobil. Oleh sebab sungai itu pernah dibersihkan pada tahun 2000, selepas tahun itu, tidak lagi pernah air sungai naik walaupun pada masa ‘high tide’ dan hujan lebat pada satu masa yang sama.
Saya berucap ribuan terima kasih dulu bagi bantuan yang diberi.
Sekian Terima Kasih.
July 24th, 2008 - 6:19 am
Pada 13 hb Julai 2008 anda sekali lagi menghadiri Masalah banjir di Kampung Sungai Nibong Besar dan turut mendapat perhatian. Tidak pasti Pemaju telah memperbaiki keadaan parit tetapi tidak memberi apa-apa pampasan kepada penduduk.alasan bukan salah mereka .Kerosakan harta benda kami tidak diendahkan .saya minta untuk YB memberi perhatian kepada kerosakan barangan kami walaupun tidak 100% ganti rugi tapi sekadar yang patut sebagai pampasan.